• Pembinaan Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian Buka Peluang Jana Pendapatan - Razi

    Published: Tuesday, 11 July 2017
    A- A+

    DEBAK: Usaha kerajaan membangunkan pertanian dan membina pusat pertanian  akan membuka peluang kepada rakyat untuk menjana pendapatan.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Mohamad Razi Sitam berkata, usaha kerajaan yang berterusan membangunkan industri pertanian dan membina pusat pengumpulan hasil pertanian di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Layar akan membuka peluang yang lebih besar dalam menjana pendapatan.

    "Pembangunan pertanian belum diterokai sepenuhnya.

    "Oleh itu, saya menyeru masyarakat di Debak dan Saribas mengambil peluang dengan mengusahakan tanah dengan tanaman buah-buahan dan tanaman lain," katanya.

    Tambahnya, rakyat luar bandar terutama di DUN Saribas harus mengambil pendekatan yang lebih aktif dan sistematik dalam memajukan diri dengan membangunkan tanah terbiar agar dapat membantu mereka meningkatkan pendapatan.

    Memetik laporan Utusan Borneo, beliau berharap dengan sokongan kerajaan terhadap pembangunan pertanian, masyarakat akan merebut peluang tersebut suapaya dapat memajukan diri sekaligus menjana pendapatan yang lebih besar. - Sarawakiana
  • No Comment to " Pembinaan Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian Buka Peluang Jana Pendapatan - Razi "