• Pembinaan Jambatan Batang Lassa Diluluskan

    Published: Monday, 17 July 2017
    A- A+

    MUKAH: Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg meluluskan pembinaan Jambatan Batang Lassa merupakan berita gembira buat penduduk kawasan persisir negeri Sarawak.

    "Kita luluskan pembinaannya terlebih dahulu tetapi segala kosnya akan dibincangkan kemudian," katanya ketika sidang media selepas selesai Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Daro semalam.

    Memetik Utusan Borneo beliau berkata, Jambatan Batang Lassa akan menghubungkan Pulau Bruit, Dari, Matu, Mukah dan kawasan persisir lain hingga ke Bintulu dan ia akan memberi lebih banyak impak setelah ia siap nanti.

    "Saya nampak peluang ekonomi dan pertanian dapat dikembangkan di kawasan ini jika tidak ada masalah jalan raya," jelas beliau.

    Tambahnya, jambatan tersebut merupakan antara jambatan terpanjang yang bakal dibina dan ia akan memakan sedikit masa untuk dibincangkan terutama di peringkat kos serta pelaksanaanya. 

    Pada majlis yang sama, ketua menteri turut meluluskan permohonan sebanyak RM5 juta bagi pembinaan masjid baharu Daro selain mempertimbangkan projek-projek perumahan serta pembangunan dan pembangunan fasa kedua pekan Daro baharu.- Sarawakiana

  • No Comment to " Pembinaan Jambatan Batang Lassa Diluluskan "