• Pembangkang Dikesan Pindah Pengundi Di Johor

    Published: Monday, 10 July 2017
    A- A+

    Pihak pembangkang dikesan sedang memindahkan pengundi ke Johor dalam usaha memenangi beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri berkenaan.

    Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun yakin UMNO dan Barisan Nasional (BN) mampu mengekalkan kemenangan di negeri terbabit.

    "Mereka pernah melakukan usaha sama di Negeri Sembilan tetapi gagal. Kali ini mereka fokus di Johor tetapi saya percaya orang Melayu dan pemimpin di Johor akan terus menyokong kita," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Jelebu di Dewan D'Sury Kuala Klawang di Jelebu hari ini.

    Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Pembangkang Dikesan Pindah Pengundi Di Johor "