• Pembangkang Diarah Tukar Logo, Simbol

    Published: Friday, 28 July 2017
    A- A+

    PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengarahkan pakatan pembangkang diketuai DAP menukar logo dan simbol kerana tidak mengikut peraturan permohonan pertubuhan.

    Pengerusi pakatan pembangkang, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata ROS memberi teguran berkaitan logo yang didapati tidak memberi nama penuh pakatan.

    "ROS mahu kita meletakkan perkataan 'Pakatan Harapan' dalam logo berbanding yang hanya tertulis 'Harapan'.

    "Ini kita ambil kira dan akan membuat logo serta simbol baharu dalam tempoh dua hari sebelum dikemukakan semula kepada ROS," katanya di ibu pejabat ROS di sini, hari ini.

    Terdahulu, Dr Mahathir bersama Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyerahkan perlembagaan pakatan pembangkang kepada ROS. - BH

    Subjects:

  • No Comment to " Pembangkang Diarah Tukar Logo, Simbol "