• Pembangkang Cuma 'Berlagak' Hero Tuntut Hak Sarawak

    Published: Wednesday, 12 July 2017
    A- A+

    Tuntuan hak Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terus menjadi isu hangat termasuk wujudkan pelbagai persepsi sehingga ada gerakan yang mahu Sarawak keluar Malaysia.

    Hakikatnya Sarawak bukan masuk Malaysia dan kenapa perlu keluar?

    Sarawak sebenarnya sebuah entiti yang menubuhkan Malaysia bersama Malaya dan Sabah.

    Pembangkang yang sentiasa 'dahaga dan lapar' dalam politik terus berusaha memperjuangkan hak Sarawak mengikut versi mereka.

    Apa yang cuba pembangkang mainkan adalah sentimen bencikan Semenanjung demi kelangsungan politik selain berlagak hero.

    Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg bukan baharu 'setahun jagung' dalam politik dan tidak bertindak melulu dalam menuntut hak Sarawak.

    Abang Johari lebih profesional termasuk menghantar pasukan peguam untuk merujuk dan mengkaji MA63 ke London.

    Namun pembangkang yang berlagak hero masih tidak dapat menerima hakikat usaha Abang Johari dalam menuntut hak Sarawak.-Abdul Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Pembangkang Cuma 'Berlagak' Hero Tuntut Hak Sarawak "