• Pemandu Cedera, Kenderaan Dilanggar Treler Di Jalan Sibu - Tanjong Manis

    Published: Friday, 14 July 2017
    A- A+


    SIBU: Seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda mengalami kecederaan dalam kemalangan Jalanraya yang melibatkan sebuah lori treler di Jalan Sibu – Tanjung Manis dekat sini.

    Kejadian dipercayai berlaku pada jam 10.40 pagi, apabila kenderaan pacuan empat roda yang dipandu mangsa telah dilanggar sebuah lori treler yang membawa muatan kontena dari arah belakang berdekatan Jambatan Setubah, laluan menuju ke arah Tanjung Manis.

    Menurut Jurucakap Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, impak dari perlanggaran tersebut mangsa mengalami kecederaan di sebelah kanan kepala.

    “Anggota penyelamat yang sampai ditempat kejadian mengeluarkan mangsa yang mengalami kesukaran untuk keluar dari kenderaanya kerana kecederaan yang dialami,” katanya

    Mangsa Barian Ranga yang turut mengalami pendarahan dan dalam keadaan separuh sedar dibawa ke Hospital untuk rawatan lanjut. – Sarawakiana
  • No Comment to " Pemandu Cedera, Kenderaan Dilanggar Treler Di Jalan Sibu - Tanjong Manis "