• Pemandu berhemah dapat cukai jalan rendah

    Published: Wednesday, 19 July 2017
    A- A+


    PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengkaji pelaksanaan sistem Pembayaran Cukai Jalan Fleksibel di negara ini sekali gus memberikan manfaat besar kepada pemilik kenderaan berhemah.

    Menteri Pengangkutan, Datuk Sri Liow Tiong Lai, berkata pengenalan itu sejajar dengan langkah liberalisasi insurans kenderaan bermotor di negara ini yang memberikan manfaat mengikut keadaan kenderaan, jangka masa atas jalan dan merit kesalahan lalu lintas.

    Katanya, sistem pembayaran cukai jalan fleksibel itu salah satu contoh untuk kerajaan memberikan insentif kepada pemandu berhemah mendapatkan pengurangan cukai jalan.

    "Bahkan dengan adanya sistem dan teknologi terkini kita boleh tahu berapa lama dia pandu kenderaan atas jalan raya, maka mengikut perbatuan lagi kurang dia memandu lebih rendah cukai jalan yang dikenakan.

    "Kita boleh laksanakan sehingga peringkat itu, dan maksud saya pembayaran cukai jalan fleksibel ini boleh dikaji untuk masa depan bukannya masa terdekat, " katanya pada sidang media di Putrajaya, tadi.-BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Pemandu berhemah dapat cukai jalan rendah "