• Peluru Berpandu Dipintas Berhampiran Makkah

    Published: Friday, 28 July 2017
    A- A+

    RIYADH: Tentera gabungan yang diketuai Arab Saudi mengumumkan kejayaan menangkis peluru berpandu balistik yang ditembak oleh pemberontak Houthi Yaman, lewat semalam.

    Ia berjaya dimusnahkan di kawasan yang berhampiran dengan Makkah, kira-kira sebulan menjelang musim haji.

    “Senjata itu berjaya dipintas pada jarak kira-kira 69 kilometer sahaja di selatan Makkah yang terletak di barat Arab Saudi,” menurut gabungan tentera itu dalam satu kenyataan.

    Pihak tentera turut menyifatkan ia adalah satu cubaan terdesak oleh pemberontak syiah itu bagi menjejaskan musim haji yang bakal bermula awal bulan depan. – AFP/BH ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Peluru Berpandu Dipintas Berhampiran Makkah "