• Pelik Pulau Pinang Tolak IBR

    Published: Tuesday, 18 July 2017
    A- A+

    SEREMBAN: Keengganan kerajaan negeri Pulau Pinang menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IRB) menimbulkan persoalan terhadap kesungguhan mereka memerangi gejala itu.

    Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata beliau tidak dapat melihat rasional di sebalik keputusan kerajaan negeri terbabit.

    "Tidak ada sebab kerajaan negeri Pulau Pinang tidak mahu menandatanganinya kerana memerangi rasuah bukan berdasarkan ideologi politik atau parti.

    "Jangan jadikan usaha membanteras rasuah berlandaskan politik kerana ini sebenarnya adalah penyakit masyarakat yang perlu kita atasi bersama-sama," katanya selepas menghadiri sambutan Hari Guru peringkat negeri di sini, hari ini.

    Katanya, sepatutnya kerajaan negeri Pulau Pinang adalah yang paling awal menandatangani IBR kerana mendakwa prinsip pentadbiran mereka adalah Cekap, Amanah dan Telus (CAT).

    Minggu lalu, kerajaan negeri itu menyifatkan prinsip CAT yang dilaksanakan di negeri itu sejak 2008 lebih berkesan dalam usaha membasmi rasuah dan penyalahgunaan kuasa berbanding menandatangani IBR.

    Kenyataan itu susulan kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad, bahawa tiga kerajaan negeri di bawah pimpinan pembangkang iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan masih belum memberikan komitmen untuk menandatangani IBR.

    Subjects:

  • No Comment to " Pelik Pulau Pinang Tolak IBR "