• Peguam Sarawak Ke London Atas ‘Restu’ PM Najib

    Published: Wednesday, 12 July 2017
    A- A+
    Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, tindakan menghantar pasukan peguam ke London merupakan antara langkah penting untuk meneliti fakta dengan lebih tepat berhubung hak-hak Sarawak yang terkandung dalam perjanjian Malaysia 1963 (MA63),

    Menurutnya, langkah tersebut merupakan perkara penting malah ianya atas pengetahuan dan sokongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pertemuan sebelum ini.

    Beliau berkata, Sarawak beruntung kerana Perdana Menteri memahami dan sangat rasional untuk sama-sama memperincikan butiran mengenai hak-hak Sarawak yang terkandung dalam MA63.

    “Kita ke London kerana mahu gambaran jelas mengenai hak-hak Sarawak, dan kita beruntung kerana kerajaan pusat memahami hasrat kerajaan negeri.

    "Jika masih perdana menteri lama, Saya Mungkin Ditangkap ISA kerana hantar pasukan peguam ke London. Tapi Datuk Najib sangat rasional," katanya

    Beliau berkata demikian pada majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2017 anjuran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Miri pada Isnin.

    Abang Johari berkata, langkah-langkah yang dilakukan kerajaan negeri merupakan hasil rundingan dengan kerajaan persekutuan, malah telah dibincang bersama Tok Nan (bekas Ketua Menteri Allahyarham Datuk Patinggi Adenan).

    Pada Rabu, Timbalan Presiden PAN Salahuddin Ayub menyifatkan misi pasukan peguam Sarawak ke London untuk mencari fakta sebenar berkaitan hak Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963 hanyalah sandiwara politik murahan.

    Salahuddin turut berpedapat tindakan menghantar peguam mampu menggalakkan campurtangan asing dalam pentadbiran negera. – Sarawakiana
  • No Comment to " Peguam Sarawak Ke London Atas ‘Restu’ PM Najib "