• PBB Amal Budaya Terbaik Dalam Peralihan Kuasa

    Published: Wednesday, 12 July 2017
    A- A+

    KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mengamalkan budaya terbaik dalam proses peralihan kepimpinan parti.

    Menurut Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, amalam baik yang berterusan ini membuktikan PBB merupakan sebuah parti yang kukuh.

    "Saya sendiri sudah berusia 66 tahun, 10 tahun lagi akan berusia 76 tahun. Saya tidak akan lama menjadi Ketua Menteri dan perlu menyediakan barisan pelapis muda menerajui negeri," katanya ketika berucap pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Miri 2017 yang dianjurkan oleh Gabungan PBB 5 cawacangan (Bekenu, Lambir, Piasau, Pujut dan Senadin)

    Memetik laporan Utusan Borneo, beliau memberitahu usaha ini akan memastikan proses peralihan kepimpinan parti berjalan dengan lancar sepertu yang berlaku sebelum ini.

    "Peralihan kuasa daripada Tun Abdul Taib Mahmud kepada Tok Nan (Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem) disokong sepenuhnya semua ahli parti tanpa perasaan kecil hati.


    "PBB memiliki ramai barisan pemimpin yang diangkat daripada kelompok pemuda dan mereka masing-masing mempunyai pengalaman," katanya. - Sarawakiana
  • No Comment to " PBB Amal Budaya Terbaik Dalam Peralihan Kuasa "