• Pasangan Miliki Senapang Buatan Sendiri Di Bintulu Ditahan

    Published: Thursday, 13 July 2017
    A- A+

    BINTULU: Sepasang suami isteri ditahan kerana dipercayai memliki senapang patah buatan sendiri di flat kediaman mereka di Jalan Bintulu-Tatau dekat sini lewat petang semalam.

    Memetik laporan akhbar Utusan Borneo, pasangan terbabit ditahan oleh sepasukan anggota dalam satu serbuan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu.

    Ketua Polis Daerah Bintulu Supt Zailanni Amit berkata, kedua-dua suspek warga tempatan yang berusia 20 dan 22 tahun itu mengakui membuat sendiri senapang terbabit sebelum dijual kepada mana-mana individu yang ingin membelinya bagi pelbagai tujuan..

    “Hasil pemeriksaan keatas kediaman suspek telah menemui selaras senapang patah buatan sendiri dan sebilah pisau sepanjang 12 inci di bawah tilam bilik tidur utama rumah berkenaan.” katanya dalam satu kenyataan semalam.

    Suspek dibawa ke Pusat Sehenti IPD Bintulu bagi tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 yang mana jika disabit kesalahan pesalah boleh dijatuhkan hukuman penjara tidak lebih daripada tujuh tahun atau denda tidak lebih daripada RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

    Sementara itu, Zailanni turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyimpan senapang buatan sendiri atau membeli dari mana-mana pihak kerana menjadi kesalahan memliki dan membelinya.

    Beliau menyeru agar mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung pemilikan senjata haram ini dengan melaporkan kepada balai polis berdekatan.-Sarawakiana

  • No Comment to " Pasangan Miliki Senapang Buatan Sendiri Di Bintulu Ditahan "