• PAS Mahu Anjing Dijangkiti Virus Rabies Dihapuskan Segera

    Published: Friday, 7 July 2017
    A- A+


    KUCHING: Persuruhjaya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Sarawak mahu anjing yang disyaki dijangkiti virus rabies segera dihapuskan bagi memastikan virus itu tidak merebak ke bahagian lain.

    Memetik laporan Utusan Borneo, menurutnya perkara tersebut penting bagi menjaga keselamatan nyawa penduduk setempat seterusnya rakyat Sarawak daripada ancaman rabies.

    “Kami mengesyorkan kerajaan negeri segera menangkap anjing-anjing liar yang berkeliaran tidak hanya di kawasan disyaki mempunyai virus rabies sebagai langkah pencegahan.

    “Mereka yang memelihara anjing juga diperiksa bagi mengelak daripada terkena gigitan atau serangan virus ini dan tidak melepaskan haiwan peliharaan mereka itu tanpa jagaan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

    Tambahnya, PAS Sarawak amat simpati dengan nasib menimpa keluarga mangsa serangan penyakit rabies di Kampung Paon Sungai Rimu Bakung Serian yang kehilangan dua anak kesayangan pada satu masa.

    Dua daripada mereka, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dan kakaknya berusia enam tahun, meninggal dunia Selasa lepas.

    Seorang lagi mangsa ketiga, kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, berada dalam keadaan kritikal.– Sarawakiana
  • No Comment to " PAS Mahu Anjing Dijangkiti Virus Rabies Dihapuskan Segera "