• PAS harap RUU355 dibahas kali ini

    Published: Wednesday, 26 July 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: PAS yakin sesi perbahasan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 akan disambung pada sidang Dewan Rakyat kali ini.

    Sehubungan itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu meminta semua pihak supaya tidak keliru berikutan kedudukan RUU 355 itu dilihat semakin ke belakang dalam senarai usul.

    "Kami (PAS) ingin dengar, kami optimis Yang Dipertua Dewan Rakyat akan beri kebenaran untuk disambung perbahasan.

    "Betul, semalam nombor 10, hari ini 17, tetapi tengok juga berapa banyak rang undang-undang kerajaan yang ditambah. Sama ada nombor 10 atau 17, tiada masalah kerana rang undang-undang ini telah dibahas sebahagiannya dan perlu diberikan keutamaan.

    "Kalau sebelum ini sempat (bahas), yang (sidang) ini pun sempatlah," katanya pada sidang media si Parlimen hari ini.

    RUU 355 dibentangkan kali ketiga pada sesi persidangan Dewan Rakyat pada April tahun lalu oleh Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerusi usul persendirian.

    Ketika itu, pembentangan Abdul Hadi disokong hujah Takiyuddin dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menetapkan sesi perbahasan pada mesyuarat kali ini.-BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " PAS harap RUU355 dibahas kali ini "