• Pandu Kereta Guna Kaki, Tangan Pegang Handphone

    Published: Wednesday, 12 July 2017
    A- A+

    YANTAI (CHINA): Seorang lelaki dirakam memandu kereta dengan kaki manakala kedua-dua tangannya menggunakan telefon bimbit.

    Video itu dirakam oleh rakan lelaki itu yang kemudian memuat naik rakaman berkenaan di laman sosial pada minggu lalu.

    Menurut laporan media, lelaki itu memberitahu dia membuat aksi itu ketika tiada kenderaan lain menggunakan lebuh raya berkenaan.

    Video berkenaan yang tular di media sosial menunjukkan lelaki itu meletakkan kedua-dua kakinya di stereng manakala dia bermain permainan di telefon pintarnya.

    Lelaki itu juga sempat berbual dengan rakannya yang merakamkan video berkenaan.

    Selepas video itu menjadi tular, polis meneliti kamera keselamatan di lebuh raya berkenaan bagi mengesan kenderaan yang dipandu lelaki itu.

    Selepas membuat siasatan polis akhirnya berjaya mengesan kereta yang dipandu lelaki itu dan memanggil pemandunya untuk disoal siasat.

    Lelaki itu mengaku melakukan aksi berkenaan dan memberitahu dia tidak tahu aksi itu melanggar undang-undang.

    Media melaporkan, lelaki itu hanya diberi amaran oleh polis dan dibebaskan selepas keterangannya diambil.-Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Pandu Kereta Guna Kaki, Tangan Pegang Handphone "