• Panas Ke Bang? Lelaki Selamba Bogel Naik MRT

    Published: Friday, 28 July 2017
    A- A+

    Terlalu yakin atau tidak tahu malu? Itu persoalan yang timbul susulan tindakan nekad seorang lelaki di Hong Kong menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) dalam keadaan berbogel.

    Beberapa gambar yang tersebar di laman sosial tempatan memaparkan lelaki berusia 20 tahun itu dalam keadaan tanpa seurat benang dan hanya memakai ‘crop’ manakala ramai penumpang lain sedang menunggu untuk menaiki MRT, lapor South China Morning Post.

    Menurut laporan tersebut lagi, gambar lelaki bogel itu menjadi tular pada petang Rabu, beberapa jam selepas Pusat Kaji Cuaca Hong Kong mengumumkan suhu cuaca mencatatkan rekod paling panas sepanjang tahun ini iaitu 34.4 darjah Celsius.

    Difahamkan, lelaki itu dengan selamba berjalan pada waktu puncak dan dilihat berada di Stesen MRT Tsim Sha Tsui, mengeluarkan wang di mesin ATM sebelum bergerak ke platform untuk menaiki tren kira-kira jam 7 malam.

    Lelaki itu tidak mengendahkan pandangan orang ramai terhadapnya dan terus bermain telefon bimbit.

    Seorang saksi memberitahu media tempatan bahawa pengawal keselamatan telah menegur tindakannya tidak berpakaian di tempat umum, namun lelaki itu tidak mempedulikan teguran tersebut malah berkata, “Jika mahu ambil gambar, silakan.”

    Kakitangan MRT juga cuba untuk berunding dan mengikut lelaki itu menaiki tren sementara pusat kawalan menghubungi pihak polis.

    Setelah berada di dalam tren dan dia melihat kakitangan MRT cuba menghampirinya, lelaki itu kedengaran berkata: "Saya akan turun di Stesen Hang Hau... Boleh tak anda biarkan saja saya naik?."

    Bagaimanapun, lelaki itu yang tidak didedahkan identitinya berjaya ditahan pihak polis sebaik sahaja tren berhenti di Stesen North Point.

    Dia ditangkap dan dibawa ke sebuah hospital di Chai Wan untuk pemeriksaan lanjut.

    Polis memaklumkan bahawa lelaki itu mempunyai masalah kesihatan mental.-Malaysian Digest

    Subjects:

  • No Comment to " Panas Ke Bang? Lelaki Selamba Bogel Naik MRT "