• Pakcik Baju Merah Pegi Dobi Bukan Cuci Kain, Tapi Curi Coli

    Published: Tuesday, 11 July 2017
    A- A+

    Semalam viral di media sosial apabila video seorang lelaki sedang menyelongkar beberapa buah mesin pengering di sebuah kedai dobi layan diri untuk mencari pakaian dalam wanita.

    Menerusi sebuah video yang dikongsikan di Facebook Nur Izzati, seorang lelaki berbaju merah didakwa melakukan perbuatan tidak masuk akal dengan mencium bau pakaian dalam perempuan.

    Tidak cukup dengan perbuatan itu, lelaki tersebut juga telah memasukkan pakaian dalam wanita yang diambilnya dari mesin pengering ke dalam sebuah beg.

    "Selang sejam saya perasan pakcik itu buka satu per satu mesin pengering selongkar ape entah. Sekali saya perasaan dia cium bau pakaian dalam perempuan.

    "Seriously, ahh pakcik ini gila taksub dengan pakaian dalam perempuan. Saya tunggu dekat sejam walaupun baju saya sudah siap awal. Pakcik itu masih selongkar, cium bau pastu lipat simpan dalam satu beg.

    "Banyak dia ambil nak dekat 10 helai pakaian dalam perempuan. Saya tunggu sampai dia dah habis buat kerja lepas tu saya balik," tulis Nur Izzati di Facebook.

    Video berdurasi 36 saat itu telah ditonton lebih 29 ribu kali dan dikongsi lebih 12,000 oleh netizen.

    Rata-rata netizen yang menonton video tersebut melahirkan rasa marah dengan tindakan yang dilakukan oleh lelaki itu dan dia dianggap sebagai seorang yang gila seks.

    @Muhammad Sufyan Al Syiria: "Jangan cepat menilai mungkin mental dia tidak kuat sebab lama sudak tak dapat belaian dari seorang wanita."

    @Maria Liza: "Wahai wanita semua, kalau boleh pakaian yang dalam-dalam itu sila basuh je dengan tangan. Keselamatan dan kebersihan pun terjamin juga. Sekurang-kurangnya kes seperti ini dapat dielakkan."

    @Toby Sharul: "Gila punya lelaki, kalau kemaruk seks sangat pergi la rumah ayam. Cium bra sahaja bukan dapat apa, dah basuh la yang kau hidu itu cuma bau sabun je."

    @AzleeAzlan: "Ini mesti kes masa kecil-kecil tidak puas isap tetek ni, sebab itu la jadi macam ini.

    Difahamkan kejadian tersebut berlaku di sebuah kedai dobi layan diri di Shah Alam.-Astro Gempak

    Subjects:

  • No Comment to " Pakcik Baju Merah Pegi Dobi Bukan Cuci Kain, Tapi Curi Coli "