• Pak Cik 60 Tahun Ditahan Menagih Dadah

    Published: Wednesday, 19 July 2017
    A- A+

    Penagih otai berusia 60 tahun antara tujuh individu ditahan penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam Ops Cegah di Kuala Muda dan Kampung Selamat, Tasek Gelugor, malam tadi.

    Operasi 10 malam itu membabitkan lapan penguat kuasa AADK Seberang Prai Utara (SPU) susulan aduan awam mengenai kegiatan penagih di kawasan berkenaan.

    Ketua Penguatkuasa dan Keselamatan AADK Pulau Pinang Nasru'd-Din Abdul Rahman berkata, enam lagi individu ditahan berusia antara 30-an dan 40-an termasuk seorang wanita.

    Katanya, ujian air kencing ke atas tujuh individu terbabit didapati positif dadah methamphetamine.

    "Tindakan diambil mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah (APD) 1983.

    "Bagaimanapun tiada rampasan dadah dilakukan," katanya.

    Semua OKT terbabit dibawa ke Pusat Tahanan Reman (PTR) di Kampung Selamat untuk ditahan reman bagi siasatan lanjut.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Pak Cik 60 Tahun Ditahan Menagih Dadah "