• Padah Curi Tong Gas, Lelaki Dihukum Menari Separuh Bogel

    Published: Friday, 28 July 2017
    A- A+

    ABUJA: Seorang lelaki dihukum kerana mencuri tong gas dengan dipaksa menari separuh bogel sambil menjunjung barangan yang dicurinya itu.

    Kejadian di Rivers di Nigeria itu, dirakam dan tular menunjukkan suspek yang mencuri tong gas berkenaan ditangkap sebelum sempat melarikan diri.

    Sekumpulan pemuda kemudian berhimpun mengelilinginya sebelum membelasahnya dan memaksanya menjunjung tong gas berkenaan.

    Kumpulan berkenaan turut memukul gendang dan menyanyi lagu rakyat serta memaksa lelaki terbabit menari sambil menjunjung tong gas itu.-Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Padah Curi Tong Gas, Lelaki Dihukum Menari Separuh Bogel "