• OPEC, Amerika Syarikat Tak Mampu Stabilkan Harga Minyak... Pakatan Guna Cara Apa?

    Published: Monday, 17 July 2017
    A- A+

    Tujuh janji 100 hari Pakatan Harapan akan dilaksanakan sekiranya berjaya membentuk kerajaan termasuk penghapusan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta penstabilan harga petrol pastinya digemari majoriti rakyat.

    Namun, bagi blogger theflyingkick, ketujuh-tujuh janji tersebut tidak lebih sekadar retorik dan drama disensasikan Pakata Harapan yang bersifat fantasi dan angan-angan sahaja.

    "Penghapusan GST... kedengarannya amat lunak tetapi adakah segala keperluan rakyat termasuk infrastruktur perlu dihentikan sama sekali. Begitu juga dengan pendidikan, perubatan, bantuan kepada golongan sasar dan sebagainya.

    Atau mengembalikan SST (Cukai Barangan dan Jualan), sistem cukai sebelum GST yang dihapuskan oleh pentadbiran Najib yang mana para kapitalis bebas untuk tidak membayar cukai dan segala-galanya ditanggung oleh rakyat sebagaimana yang berlaku sepanjang 22 tahun pentadbiran Mahathir?" soal blogger berkenaan.

    Soalnya lagi, adakah mekanisme penstabilan harga petrol yang ingin dilaksanakan sama seperti 'mekanisme penstabilan' era bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir menggunakan wang Petronas menjamin syarikat kroni daripada terus bankrap.

    "Memaksa Petronas mengeluarkan duit yang banyak seperti Mahathir memaksa Petronas bail out syarikat-syarikat kroni dan proksi?

    "Apatah lagi Negara-Negara OPEC (Negara-negara Pengeksport Petroleum) dan kuasa besar seperti Amerika Syarikat sendiri tidak mampu menentukan harga petrol, Pakatan Harapan yang diterajui orang kecewa pula mampu? Jenaka apakah ini?" katanya.

    Menyentuh isu reformasi institusi, memerangi rasuah dan pemulihan Felda; theflyingkick menegaskan bahawa Dr Mahathir diberikan tempoh panjang selama 22 tahun untuk melakukannya sewaktu masih bergelar Perdana Menteri dahulu.

    "Rasuah lebih ditangani pada zaman ini berbanding rasuah-rasuah ikan bilis pada zaman 22 tahun. Kes seperti arahan kepada SPRM tutup kes sebagaimana yang berlaku dalam PERWAJA dan Eric Chia sehingga surat arahan terpapar di media sosial.

    "Begitu juga dengan Felda, taraf kehidupan masyarakat Felda jauh lebih baik walaupun pada masa yang sama mereka mewarisi hutang dari zaman 22 tahun. Tindakan dan langkah-langkah pro-aktif pengurusan Felda masakini giat dilakukan untuk memastikan warga Felda cakna dan bebas dari belenggu kemiskinan.

    "Yang paling kelakar adalah Penubuhan RCI 1MDB. 1MDB yang tidak mengadu tentang kehilangan wang, PAC dan Ketua Audit Negara tidak mengesan sebarang penyonglapan dan kecurian wang 1MDB tapi RCI hendak ditubuhkan siasat 1MDB?," katanya lagi.-Malaysian Digest

    Subjects:

  • No Comment to " OPEC, Amerika Syarikat Tak Mampu Stabilkan Harga Minyak... Pakatan Guna Cara Apa? "