• Notis kekosongan DUN Lenggeng dihantar ke SPR hari ini

    Published: Wednesday, 19 July 2017
    A- A+


    SEREMBAN - Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan akan menghantar notis kepada Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) petang ini untuk memaklumkan kekosongan kerusi DUN Lenggeng berikutan kematian penyandangnya, Datuk Ishak Ismail, akibat serangan jantung.

    Speaker DUN Datuk Dr. Awaluddin Said berkata, beliau telah meminta pihak urusetia Dewan menyediakan dokumentasi termasuk sijil kematian untuk dihantar kepada SPR.

    "Jika siap semuanya, kita akan hantar petang ini juga dan terpulang kepada SPR untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Masjid Khariah Paroi Jaya di sini, hari ini.

    Ishak, 66, yang merupakan ADUN Lenggeng selama empat penggal, meninggal dunia pada 11.25 malam tadi akibat serangan jantung. - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Notis kekosongan DUN Lenggeng dihantar ke SPR hari ini "