• Netizen Terhibur Pengantin 'Menurun' Sampai Terlondeh Samping

    Published: Wednesday, 12 July 2017
    A- A+

    Selain rumah terbuka Aidilfitri, sepanjang bulan Julai juga meriah dengan majlis perkahwinan.

    Pelbagai gelagat mempelai dirakamkan namun kisah yang berlaku di Port Dickson, Negeri Sembilan ini antara mencuri perhatian.

    Mana tidaknya, pengantin lelaki yang menggunakan nama Khai Ayie di Facebooknya dirakamkan dalam aksi mencuit hati ketika menyanyi di hadapan tetamu undangannya hujung minggu lalu.

    Khai yang lengkap berbusana pengantin kuning siap bertanjak bersungguh-sungguh menyanyi sebuah lagu berdialek Jawa sehinggakan samping yang dipakainya terlondeh beberapa kali.

    Video berdurasi 3 minit 12 saat itu telah dimuat naik oleh Amy Amilah Amir dan ditonton lebih 165,000 kali serta mendapat 1,400 perkongsian pengguna Facebook.

    Netizen rata-ratanya terhibur dengan gelagat Khai menyifatkan pengantin itu terlebih teruja.

    "Terlebih ketum pengantin ni," tulis Mardini Mahhadi.

    "Suka sangat aku apabila dia menyanyi, siap dengan aksi-aksi lucu. Best sangat! Terbaik," puji Shufazz Firdausi.

    Dalam posting berkenaan juga, Khai sendiri mengakui dia mudah teruja apabila dimainkan lagu kegemarannya.

    "Salahkan keyboardist, saya dah cakap jangan main lagu ini... Nanti menurun," kata Khai.-Astro Gempak

    Subjects:

  • No Comment to " Netizen Terhibur Pengantin 'Menurun' Sampai Terlondeh Samping "