• NCR Disukat Untuk Hak Pemilik, Bukan Untuk Dirampas

    Published: Thursday, 27 July 2017
    A- A+

    "Sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap NCR, saya mahu mengatakan bahawa kerja-kerja mengukur keliling NCR akan diteruskan dan seterusnya surat hak milik tanah akan dikeluarkan di bawah Seksyen 6 (Kanun Tanah Negeri).

    "Ini kerana masih ada kawasan yang belum disukat kerana ada yang berpendapat, kerajaan akan mengambil tanah mereka selepas disukat. Kalau kerajaan hendak mengambil tanah kenapa ada Seksyen 47," kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah.

    Sering kedengaran luahan rakyat berkenaan Hak Tanah Adat (NCR) yang belum lagi menjadi hak milik sah rakyat yang layak. Bukan hari ini ia berlaku, malah sejak dari dulu lagi laungan NCR bergema sehingga pihak pembangkang cuba mempolitikkan isu berkenaan demi kelangsungan politik mereka.

    Kadang kala berlaku aktiviti menyekat orang luar untuk melalui tanah tersebut. Jika berlanjutan, ia mungkin akan menimbulkan ketegangan dan sukar untuk diselesaikan. Tetapi hari ini berlaku perkara sebaliknya.

    Kerajaan pusat sudah menyediakan peruntukkan yang besar kepada Sarawak bagi menyukat tanah NCR dan lot-lot yang berkaitan. Dengan jelas kerajaan menyatakan agar tanah tersebut diberi hak milik dan pemilik akan mengusahakan tanah bagi menjana kehidupan.

    Apa yang dikesali ialah ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba menghasut minda rakyat supaya tanah NCR tidak disukat oleh kerajaan. Alasannya jika kerajaan menyukat tanah rakyat, bermakna tanah tersebut akan diambil dan dirampas kerajaan.

    Perkara sebegini sepatutnya tidak berlaku kerana kerajaan pada hakikatnya membantu rakyat untuk mendapat status tanah milik sah dan pemilik dapat mengusahakan tanah tersebut tanpa ragu-ragu. Dalam hal tersebut, rakyat harus peka dengan dasar kerajaan dan mendapat maklumat yang sahih agar tidak mudah tertipu dengan pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyebarkan kenyataan 'Tanah NCR yang disukat akan diambil kerajaan. - Abdul Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " NCR Disukat Untuk Hak Pemilik, Bukan Untuk Dirampas "