• Nancy Ahli Parlimen Rajin Turun Padang & Prihatin

    Published: Friday, 14 July 2017
    A- A+

    SIMUNJAN: Ketua Kaum (KK) Kampung Tanjong Harapan Safri Bujang menyifatkan Datuk Seri Nancy Shukri sebagai ahli parlimen rajin turun padang prihatin.

    Walaupun baru sepenggal Kampung Tanjong Harapan berada di bawah Parlimen Batang Sadong, beliau berkata, banyak pembangunan sudah dinikmati penduduk seperti baik pulih dewan, pembinaan masjid di kampung sekitar dan padang futsal dirancang pembinaannya tahun ini.

    "Beliau (Nancy) seorang yang komited terhadap rakyat. Kami sudah merasa nikmat pembangunan walaupun baru sepenggal di bawah Parlimen Batang Sadong," katanya.

    Safri berharap kepimpinan Barisan Nasional (BN) dapat mencalonkan kembali Nancy pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    "Saya yakin, kalau bertanding lagi, Yb Nancy akan mendapat majoriti undi lebih tinggi," ujarnya.-Sarawakiana



    Subjects:

  • No Comment to " Nancy Ahli Parlimen Rajin Turun Padang & Prihatin "