• Najib Umum Diskaun, Bantu Kurang Kos Sara Hidup Rakyat

    Published: Wednesday, 19 July 2017
    A- A+

    SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membuat pengumuman yang bakal membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat.

    Dalam pengumuman tersebut dinyatakan diskaun sehingga 20 peratus di premis perniagaan terpilih dan buat beberapa golongan tertentu.

    "Sukacita saya memaklumkan bahawa golongan orang kurang upaya (OKU), siswazah dan pemegang kad diskaun 'Friends of Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan' (KPDNKK) bakal menikmati diskaun sehingga 20 peratus di premis perniagaan Persatuan Restoran Muslim Malaysia.

    "Langkah ini pasti akan membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat dan saya harap lebih ramai peniaga akan turut sama menyahut seruan kerajaan untuk memainkan peranan masing-masing dalam membantu rakyat," katanya menerusi akaun Facebooknya. - SinarHarian

    Subjects:

  • No Comment to " Najib Umum Diskaun, Bantu Kurang Kos Sara Hidup Rakyat "