• Najib Ucap Tahniah Kejayaan Abdul Latif Di London

    Published: Monday, 17 July 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada atlet paralimpik Abdul Latif Romly atas kejayaannya mempertahankan pingat emas dan memecah rekod kejohanan acara lompat jauh lelaki T20 dalam Kejohanan Dunia Olahraga Para 2017 di London pada Ahad.

    "Tahniah Latif Romly pecah rekod kejohanan acara lompat jauh di London2017, menang emas! #TerbangLatifTerbang #Kebanggaanku #Negaraku," catat Najib dalam laman Twitter beliau malam ini.

    Abdul Latif, yang memenangi emas Sukan Paralimpik Rio 2016 di Brazil, membuat lompatan sejauh 7.37 meter, sekaligus memadam rekod kejohanan yang dicatatnya iaitu 7.35m di Doha, Qatar pada 2015.

    Atlet Croatia, Zoran Talic, yang juga pemenang pingat perak Sukan Paralimpik Rio 2016 meraih perak dengan catatan 7.32m manakala Dmytro Prudnikov dari Ukraine membawa pulang pingat gangsa dengan lompatan 7.12m pada kejohanan itu yang berlangsung di London Stadium di Queen Elizabeth Olympic Park. - BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Najib Ucap Tahniah Kejayaan Abdul Latif Di London "