• Najib Lancar Buku Dasar Keselamatan Negara

    Published: Wednesday, 19 July 2017
    A- A+

    Penerbitan Buku Dasar Keselamatan Negara tepat pada masanya sekali gus menjadi rujukan kepada kerajaan untuk menjaga keamanan serta keselamatan negara.

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, penerbitan berkenaan juga menepati prinsip Maqasid Syariah yang sudah digariskan oleh Islam.

    Beliau berkata, Dasar Keselamatan Negara digubal dan diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Januari lalu selaras dengan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.

    "Dasar ini akan menjadi payung dan rujukan kepada dasar-dasar sedia ada yang berkaitan dengan keselamatan negara seperti Dasar Keselamatan Dalam Negeri, Dasar Pertahanan Negara dan lain-lain dasar yang menjurus kepada keharmonian hidup rakyat serta negara ini," katanya ketika berucap melancarkan buku berkenaan di Putrajaya, hari ini.

    Katanya, Dasar Keselamatan Negara diperkenalkan sebagai rujukan utama kepada semua agensi persekutuan dan negeri dalam menggubal dasar-dasar sedia ada bagi memastikan negara berupaya mencegah serta menangani pelbagai ancaman keselamatan yang semakin dinamik dan kompleks.

    Najib berkata, keselamatan negara pada asasnya merujuk kepada suatu situasi bebas daripada ancaman terhadap nilai-nilai teras negara samada ianya berbentuk ancaman dari dalam dan luar negara.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Najib Lancar Buku Dasar Keselamatan Negara "