• Najib Hadiri Majlis Perkahwinan Anak Ketua Setiausaha Perbendaharaan

    Published: Monday, 10 July 2017
    A- A+

    PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri majlis persandingan anak lelaki Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Siregar Abdullah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini malam tadi.

    Ketibaan Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada pukul 8.50 malam disambut Mohd. Irwan dan isterinya, Puan Seri Rohana Sulaiman.

    Pasangan raja sehari itu, Dr. Mohd. Nazshua Mohd. Irwan, 29, serta pasangannya, Mazlin Muhammad Sudin, 29, selamat diijab kabul dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Jumaat lalu.

    Yang hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.-Utusan Online

    Subjects:

  • No Comment to " Najib Hadiri Majlis Perkahwinan Anak Ketua Setiausaha Perbendaharaan "