• Naib Ketua Pemuda PAN didakwa

    Published: Tuesday, 18 July 2017
    A- A+
    PUTRAJAYA 18 Julai - Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN), Mohd. Shazni Munir Mohd. Ithnin didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menyebabkan kegusaran awam di Bangunan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di sini dua bulan lalu.

    Guru al-Quran berusia 30 tahun itu mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan itu dengan cara merantai dan mengunci pagar di hadapan pintu utama bangunan SPR di Presint 2 di sini kira-kira pukul 11 pagi, 23 Mei lalu.

    Tindakan Mohd. Shazni Munir didakwa menyebabkan kegusaran awam kerana menghalang kakitangan SPR daripada menggunakan pintu tersebut.

    Majistret Nik Isahanie Tasnim Wan Ab. Rahman membenarkan tertuduh diikat jamin RM800 dengan seorang penjamin dan menetapkan kes itu disebut pada 31 Julai ini bagi membolehkan dokumen diserahkan kepada pihak pembelaan.

    Mohd. Shazni Munir didakwa mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan dan dihukum di bawah Seksyen 290 yang memperuntukkan denda maksimum RM400. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Naib Ketua Pemuda PAN didakwa "