• Mesti Lulus BM SPM

    Published: Wednesday, 5 July 2017
    A- A+


    PUTRAJAYA : Kabinet hari ini memutuskan pegawai perubatan latihan siswazah bersama Kementerian Kesihatan mesti lulus Bahasa Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

    Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung ketetapan berkenaan hari ini.

    Jelasnya, pelantikan pegawai perubatan latihan siswazah dengan kementerian sebelum ini tidak disyaratkan untuk lulus Bahasa Melayu namun dalam tempoh dua tahun mereka menjadi pegawai latihan, mereka perlu lulus mata pelajaran tersebut sebelum dilantik sebagai pegawai perubatan.

    “Sejak Disember 2016, hanya terdapat 23 individu pegawai perubatan latihan siswazah bersama kementerian tidak mempunyai kelulusan dalam Bahasa Melayu atas pelbagai faktor.

    “Namun selepas ini kita mensyaratkan sebarang pengambilan pegawai perubatan latihan siswazah wajib lulus Bahasa Melayu terlebih dahulu bagi mewujudkan keseragaman,” katanya pada sidang akhbar yang diadakan di sini sebentar tadi.

    Tambahnya, Kementerian Pendidikan akan membantu kementerian dengan menyediakan peperiksaan SPM yang boleh diambil secara subjek tunggal bagi membantu kumpulan terlibat. - UTUSAN ONLINE.

    Subjects:

  • No Comment to " Mesti Lulus BM SPM "