• Mayat Mangsa 'Sambar' Buaya Sungai Pelasan Ditemui

    Published: Tuesday, 18 July 2017
    A- A+

    KUCHING: Mayat lelaki warga negara Indonesia yang dipercayai disambar buaya ditemui sekitar jam 11.30 pagi tadi oleh dua nelayan di Sungai Pelasan, Beladin.

    Mangsa yang dikenali sebagai Sulaiman, 25, semasa kejadian pada 13 Julai lepas keluar memeriksa kail bersama rakan tetapi disambar seekor buaya.

    Ketika ditemui, mangsa dalam keadaan terapung dan masih lengkap anggota badan.

    Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Betong untuk tindakan selanjutnya.

    Agensi yang terlibat dalam operasi dan menyelamat tersebut merangkumi Angkatan Pertahan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Polis, Tabung Haji selain dibantu penduduk setempat.-Sarawakiana
  • No Comment to " Mayat Mangsa 'Sambar' Buaya Sungai Pelasan Ditemui "