• Mayat Bayi 6 Bulan Dalam Kotak

    Published: Friday, 28 July 2017
    A- A+

    Mayat bayi lelaki berusia kurang enam bulan ditemui dalam kotak di bahu jalan di Jalan Kovil Ulu, Sentul, pagi tadi.

    Mayat ditemui seorang wanita ketika menyapu sampah di kawasan berkenaan kira-kira 11.30 pagi.

    Saksi berkata, kotak berkenaan sudah berada di lokasi itu sejak malam tadi.

    "Bagaimanapun, seorang wanita membuka kotak berkenaan untuk memeriksa selepas terhidu bau busuk.

    "Wanita kemudian menemui mayat bayi yang dibalut menggunakan tuala sebelum memaklumkan perkara itu kepada saya," katanya.

    Menurutnya, seorang pekerja di kawasan lokasi menghubungi polis memaklumkan kejadian.

    Pasukan forensik polis yang tiba kira-kira 12.30 membawa mayat ke Hospital Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Mayat Bayi 6 Bulan Dalam Kotak "