• Mati Dalam Peti Derma

    Published: Monday, 31 July 2017
    A- A+

    LOS ANGELES: Seorang gelandangan ditemui mati selepas kepalanya tersangkut di dalam peti derma ketika dia cuba mencapai barangan di dalamnya.

    Kepalanya dilapor terperangkap dalam lubang kecil pada peti itu dan petugas perubatan menghabiskan masa selama 30 minit untuk membebaskannya dengan memotong peti besi itu tetapi usaha menyelamatkannya itu terlambat.

    Penduduk tempatan berkata, mereka mengenali lelaki itu kerana sering melihatnya berada di peti berkenaan untuk mencari pakaian yang didermakan di dalam peti itu.

    Dia dipercayai tersangkut pada peti itu sepanjang malam sebelum ditemui penduduk tempatan.

    Pegawai dimaklumkan mengenai kejadian itu apabila seorang wanita yang tinggal berhampiran peti itu melihat lelaki itu tidak bergerak dan dalam keadaan membongkok ke dalam.

    Shirley Williams memberitahu stesen televisyen NBC Los Angeles: “Kepalanya berada di dalam sementara anggota badannya di luar. Pasukan penyelamat terpaksa menggunakan gergaji elektrik untuk membebaskannya. Mereka memotong peti berkenaan tetapi lelaki itu sudah tidak bernyawa apabila dibebaskan.”

    Penduduk di kejiranan itu berkata, peti itu diletak tanpa kebenaran dan mahukan ia dialih.

    Ini bukan kali pertama kejadian seperti itu berlaku.

    Februari lalu, seorang wanita di Pennsylvania mati tergantung selepas tangannya tersangkut lebih enam jam di dalam perti derma.

    Menurut laporan, kejadian berlaku apabila bangku yang digunakan untuk memanjat dan mencapai barangan di dalam peti itu tumbang.-Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Mati Dalam Peti Derma "