• Mata Kabur Perlu Cermin Mata Rupanya Kanser Otak

    Published: Tuesday, 11 July 2017
    A- A+

    WANITA ini, Stephanie Downing menyangka anaknya memerlukan cermin mata selepas matanya kabur namun tanpa disangka-sangka, anaknya itu, Daniel rupanya menghidap tumor otak dan mempunyai masa hanya beberapa bulan sahaja lagi.

    Stephanie hanya mengetahui mengenai berita tragis itu minggu lepas selepas Daniel dirujuk ke hospital oleh pakar mata.

    Imbas MRI mendedahkan penyakitnya di mana Daniel menghidap kanser otak yang amat serius dikenali sebagai pontine glioma.

    Daniel hanya diberikan masa selama sembilan bulan untuk hidup dan dia perlu memulakan rawatan kimoterapi di Bristol.

    Keadaannya itu mendapat simpati ramai malah rakan keluarganya, Bifft Lynch telah memulakan kempen mengutip sumbangan bagi membantu Daniel. Ini kerana Daniel berada dalam senarai menunggu untuk rawatan kimoterapi itu.

    Justeru memandangkan tempat tinggalnya agak jauh dari hospital maka keluarganya memerlukan tempat tinggal berdekatan supaya sentiasa dapat bersama Daniel. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Mata Kabur Perlu Cermin Mata Rupanya Kanser Otak "