• Masing Pilih Calon PRS Berdasarkan Prestasi

    Published: Monday, 17 July 2017
    A- A+

    Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing berkata pemilihan calon untuk bertanding sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya adalah berdasarkan prestasi mereka.

    Memetik laporan The Borneo Post, Masing menjelaskan pemilihan calon tidak boleh berdasarkan pada perasaan perbadi kerana wakkil rakyat akan berada dalam masa jangka panjang untuk berkhidmat kepada parti dan rakyat.

    "Kepentingan dan visi parti adalah sangat penting. Selagi ada sokongan yang akan diberikan, ia akan memastikan jangka hayat parti.

    "Saya tidak akan selama-lamanya berada di sini, satu hari nanti akan ada orang lain yang menggantikn tempat saya," kata Masing.

    Masing yang juga Timbalan Ketua Menteri menambah, sesiapa yang tidak dipilih sebagai calon tidak boleh bersikap tidak puas hati dan menentang parti. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Masing Pilih Calon PRS Berdasarkan Prestasi "