• Masa Perjalanan Sarikei Ke Tanjung Manis Lebih Cepat

    Published: Wednesday, 26 July 2017
    A- A+

    Pembinaan jalan penghubung Sarikei ke Tanjung Manis akan memendekkan masa perjalanan kedua-dua bandar tersebut.

    Menteri Muda Jalan Pesisir, Datuk Julaihi Narawi berkata, ia juga melengkapkan usaha kerajaan menyediakan jalan di sepanjang pesisir negeri ini.

    "Projek ini akan memudahkan pergerakan komuniti di Sarikei dan Bintangor dengan Tanjung Manis, seterusnya memberi kemudahan pergerakan barang dan perkhidmatan dari Tanjung Manis dengan bandar utama lain seperti Kuching, Sri Aman, Bintulu dan Miri.

    "Cadangan jalan penghubung ini akan menyediakan pautan ke bandar-bandar pesisir di Sarawak," katanya.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Julaihi menjelaskan, projek itu juga akan memberi penjimatan kos, menjana pendapatan dan kemudahan infrastruktur yang lebih baik kepada komuniti di kawasan Tanjung Manis, Sarikei dan Bintangor.

    "Penduduk di Tanjung Manis secara amnya akan lebih mudah untuk ke Hospital Sarikei, pejabat kerajaan, pusat beli-belah dan lain-lain.

    "Selain itu, penduduk Tanjung Manis juga akan dapat memasarkan produk tempatan ke bandar Sarikei dan ia dapat menarik pelabur untuk melabur dalam industri halal di Tanjung Manis," ujarnya.-Sarawakiana
  • No Comment to " Masa Perjalanan Sarikei Ke Tanjung Manis Lebih Cepat "