• Mangsa rabies ketiga meninggal dunia

    Published: Thursday, 13 July 2017
    A- A+

    KUCHING: Seorang kanak-kanak perempuan menjadi mangsa ketiga meninggal dunia akibat jangkitan wabak rabies di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini, hari ini.

    Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan, petang ini.

    "Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan Alicesa Lorenna Nody, 7, meninggal dunia pada jam 2.16 petang tadi, akibat rabies encephalomyelitis," katanya.

    Sehingga hari ini, katanya, empat kes disahkan rabies dikesan di Serian dengan tiga mangsa meninggal dunia manakala mangsa keempat dirawat di wad Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) HUS dan dalam keadaan kritikal.

    Beliau turut memaklumkan tiada kes baharu dikesan hari ini.

    Alicesa dari Kampung Lebor, Gedong, menerima rawatan rapi di HUS sejak 28 Jun lalu.

    Pada 4 Julai lalu, dua beradik, Monica Mazlan, 6, dan Jackson Mazlan, 4, disahkan meninggal dunia akibat jangkitan virus berkenaan selepas digigit anjing, pada bulan lalu.-BHOnline

  • No Comment to " Mangsa rabies ketiga meninggal dunia "