• Mampukah Pakatan Harapan Perjuang Hak Sarawak ?

    Published: Monday, 17 July 2017
    A- A+
    Hak atau autonomi Sarawak bukan lagi perkara baru dalam politik Malaysia hari ini. Malah ada pihak yang cuba berlagak ' hero' memperjuangkan isu tersebut.

    Terutamanya pihak pembangkang Sarawak mengeluarkan pelbagai kenyataan seolah-oleh kerajaan Sarawak tidak memperjuangkan isu MA63. Pelbagai persepsi negatif mula pembangkang mainkan agar rakyat turut menyokong usaha pembangkang.

    Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen orang yang paling lantang bercakap hal sedemikian. Beliau yang juga lantang mempertikai usaha Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari menghantar barisan peguam ke London untuk merujuk dan mengkaji hal berkenaan.

    Persoalannya, Adakah pembangkang terutama DAP mampu memperjuangkan hak Sarawak ?

    Sinario hari ini memperlihatkan Pakatan Harapan langsung tidak menyenarai Chong dalam pakatan pusat.

    Bagaimana Chong hendak memperjuangkan Sarawak sedangkan pakatan peringkat pusat sudah menghakis kewibawaan Chong sendiri dan tidak dilantik di pusat ?

    Ini bermakna, pakatan harapan hanya retorik dalam memperjuangkan apa-apa kepentingan rakyat termasuk Sarawak. Memang akan dijangka pakatan harapan tidak akan memperjuangkan hak Sarawak kerana awal-awal lagi sudah menghakis kepimpinan Chong Chieng Jen selaku suara dari pembangkang Sarawak. - Abdul Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Mampukah Pakatan Harapan Perjuang Hak Sarawak ? "