• Malaysia Serius Jadi Hab Pelaburan Progresif Serantau

    Published: Tuesday, 11 July 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Inisiatif berhemah tadbir urus korporat dalam semua aspek ekonomi dan tatalaku membuahkan hasil apabila ia berjaya meningkatkan keyakinan pelabur asing terhadap pasaran modal Malaysia.

    Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Datuk Wan Kamaruzaman Wan Ahmad, berkata ini dapat dilihat kepada tahap pegangan asing dalam pasaran modal tempatan sejak kebelakangan ini.

    Beliau berkata, setakat akhir Mei 2017, pegangan asing dalam pasaran modal Malaysia ialah sebanyak 27.1 peratus, paras tertinggi sejak Januari 2013.

    Sementara itu katanya, RM195.1 bilion bagi hutang sekuriti dan sukuk dicatatkan baru-baru ini, yang mana pada Mei 2017 adalah peningkatan bulanan kedua berturut-turut dalam pegangan asing tahun ini.

    "Peningkatan dalam nilai pegangan asing itu mencerminkan keyakinan pelabur asing terhadap pasaran modal Malaysia.

    "Ia dizahirkan menerusi pelaksanaan berhemah tadbir urus korporat dalam semua aspek ekonomi dan tatalaku kita," katanya pada sidang media di Persidangan Tahunan ICGN di sini.

    Wan Ahmad berkata, perkembangan tadbir urus korporat Malaysia kebelakangan ini dipacu menerusi gabungan reformasi oleh kerajaan, sekali gus memberi isyarat kepada komuniti pelaburan institusi global bahawa Malaysia dalam perjalanannya untuk menjadi hab pelaburan yang progresif di rantau ini.

    Hadir sama pada majlis itu ialah Pengarah Eksekutif International Corporate Governance Network (ICGN), Kerrie Warring.

    Subjects:

  • No Comment to " Malaysia Serius Jadi Hab Pelaburan Progresif Serantau "