• Malaysia Maju Dan Selamat - PM

    Published: Sunday, 9 July 2017
    A- A+

    PEKAN: Pembangkang tidak perlu menyelamatkan Malaysia kerana ekonomi negara ini berada di landasan yang terbaik malah mendapat pengiktirafan dari negara luar.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, jika di bawah kepimpinan seorang pemimpin sebelum ini, negara tidak pernah mendapat pengiktirafan dari negara luar termasuk Arab Saudi.

    "Tidak pernah dapat pengiktirafan sebelum ini....jadinya tidak payah dia nak selamatkan Malaysia sebab negara berada di landasan yang betul.

    "Ekonomi kita yang berada dalam kedudukan yang terbaik iaitu 5.6 peratus pertumbuhan pada suku pertama tahun ini.

    "Selain itu, eksport kita juga antara yang terbaik iaitu berjumlah RM10 bilion sehingga Mac lalu," katanya ketika berucap Majlis Jamuan Aidilfitri Perdana Menteri di Taman Tasik Sultan Abu Bakar di sini, hari ini.

    Sementara itu, lebih 50,000 rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat menghadiri jamuan hari raya berkenaan bermula jam 10 pagi hingga 3 petang.

    Pada jamuan itu juga, seramai 150 pengusaha katering menyediakan lebih 200 jenis makanan tradisi termasuk lemang, ketupat, rendang, opor, puding raja dan laksa Pahang. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Malaysia Maju Dan Selamat - PM "