• Mahu Jual Buah Pinggang Biayai Sekolah Anak

    Published: Tuesday, 11 July 2017
    A- A+

    PALEMBANG: Seorang lelaki semalam dipanggil menghadap Gabenor Sumatera Selatan, Alex Nordin selepas laporan tersebar mendakwa dia berhasrat mahu menjual buah pinggangnya untuk membiayai persekolahan anaknya viral di media sosial.

    Herman, 41, tiba di pejabat Alex dengan ditemani isterinya, Fritrianti, 39, serta ketua Jabatan Pelajaran Sumatera Selatan Widodo.

    Mereka bagaimanapun tidak mendedahkan hasil perbincangan itu sebaliknya mengucapkan syukur kerana masalah yang dihadapinya selesai.

    Sebelum itu, Herman berkata, dia tidak mampu untuk membayar Rp2 juta (RM640) untuk membeli pakaian sekolah termasuk beberapa kelengkapan lain anaknya, Annisa, 14.

    Sementara itu, pengetua sekolah tempat Annisa belajar, Zulkifri berkata, pembiayaan pakaian seragam sekolah dan kelengkapan yang perlu dibayar murid sekolah itu hanya Rp1.2 juta (RM384), bukan Rp2 juta seperti yang didakwa Herman.-vivaco.id

    Subjects:

  • No Comment to " Mahu Jual Buah Pinggang Biayai Sekolah Anak "