• Mahkamah tolak permohonan Trump

    Published: Thursday, 20 July 2017
    A- A+

    WASHINGTON: Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) hari ini, menolak permohonan Presiden Donald Trump untuk memasukkan datuk dan nenek serta lain-lain saudara mara warga AS dalam sekatan perjalanan rakyat dari enam negara majoriti Islam.

    Bagaimanapun, mahkamah memberi kelonggaran kepada kerajaan untuk menguatkuasakan larangan berasingan kepada pelarian yang termasuk dalam perintah eksekutif pada 6 Mac lalu atas alasan keselamatan.

    Pada Khamis lalu, hakim persekutuan menolak usaha kerajaan untuk menguatkuasakan kedua-dua larangan itu, hingga memaksa pentadbiran Trump memohon campur tangan Mahkamah Agung.

    Keputusan mahkamah itu menjadikan datuk dan nenek, cucu, ibu saudara, bapa saudara, anak saudara perempuan, anak saudara lelaki, sepupu dan saudara kandung tidak termasuk dalam larangan perjalanan selama 90 hari bagi rakyat dari Iran, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman untuk masuk ke Amerika Syarikat. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Mahkamah tolak permohonan Trump "