• MA63 Bukan Boleh Sembarangan, Kata Abang Jo

    Published: Friday, 14 July 2017
    A- A+
    Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang membentuk Negara Malaysia serta mempunyai intipati berkenaan keistimewaan hak Sarawak dan Sabah.

    Isu hak telah sekian lama dicanangkan sebagai modal politik pihak tertentu yang cuba mempertikaikan kuasa pusat sehingga ada pihak yang cuba memisahkan Sarawak untuk keluar dari Malaysia.

    Dalam satu majlis ramah tamah aidilfitri semalam, Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg menjelaskan bahawa MA63 bukan boleh dibuat sebarangan dan ia harus diterjemahkan dengan fakta sebenar.

    "Bapa saya dan Bapa Perdana Menteri Najib adalah orang yang telah menandatangani perjanjian tersebut dan kami sebagai anak harus melaksanakan setiap perjanjian tersebut dengan penuh amanah demi kepentingan negara," katanya.

    Keputusan Abang Johari menghantar barisan peguam ke London untuk mengkaji dan merujuk perjanjian tersebut adalah untuk kebaikan bersama antara pusat dan negeri.

    Malah Najib merestui tindakan tersebut kerana Malaysia harus dipimpin dengan betul mengikut fakta yang sebenar dalam perjanjian.

    Ia bukanlah perkara sembarangan dan tidak boleh dibuat sambil lewa. Jadi isu Abang Johari ingin keluarkan Sarawak dari Malaysia tidak timbul sama sekali kerana Sarawak hanya mahu kembalikan hak yang terhakis mengikut fakta perjanjian sebenar serta mengukuhkan lagi hubungan pusat dan negeri. - Abdul Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " MA63 Bukan Boleh Sembarangan, Kata Abang Jo "