• Lori Tangki Meletup Di Bintulu, Seorang Mangsa Terkoban

    Published: Monday, 10 July 2017
    A- A+

    BINTULU: Kebakaran sebuah lori tangki membawa muatan minyak yang meletup dan terbakar di Jalan Kidurong berhadapan Pusat Perubatan Bintulu menyebabkan seorang mangsa terkorban.

    Bagimanapun, maklumat mangsa belum dapat dikenalpasti buat masa ini.

    Kejadian tersebut dipercayai berlaku sekitar jam 11.50 pagi tadi.

    Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, kejadian dipercayai bermula selepas lori tangki yang membawa muatan minyak diesel hilang kawaln lalu terbalik ketika melalui satu selekoh dan terus terbakar.

    "Berdasarkan maklumat daripada orang awam yang berada ditempat kejadian, berlaku beberapa letupan akibat kejadian ini. Empat buah kereta termasuk sebuah motosikal yang berada berdekatan kejadian turut terbakar.

    "Seorang mangsa ditemui rentung selepas terperangkap di bawah salah sebuah kenderaan terbakar," katanya.-Sarawakiana

  • No Comment to " Lori Tangki Meletup Di Bintulu, Seorang Mangsa Terkoban "