• Letak Jawatan Pilihan Terbaik Buat Trump - Penganalisis

    Published: Sunday, 16 July 2017
    A- A+
    PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkemungkinan meletak jawatan susulan krisis Perlembagaan yang dicetuskan oleh anak lelaki dan menantu lelakinya sendiri.

    Perkara itu dijangkakan oleh pakar undang-undang Universiti Colombia, Profesor Philip Bobbit yang menyifatkan peratusan untuk Trump meletak jawatan adalah tinggi akibat perbuatan ahli keluarganya sendiri.

    Krisis campur tangan keluarga Trump dalam pentadbiran kerajaan AS tercetus susulan penyiaran emel oleh anak lelaki Trump, Donald Trump Jr yang mengakui beliau bertemu dengan seorang peguam dari Rusia pada tahun lalu.

    Selain beliau, menantu lelaki Trump, Jared Kushner dan pengerusi kempen pilihan raya Parti Republikan ketika itu, Paul Manafort turut sama dalam pertemuan terbabit.

    Emel itu merupakan penjelasan tentang dakwaan beliau menerima tawaran sejumlah maklumat tentang pencabar ayahnya, Hillary Clinton yang bersaing pada Pilihan Raya Presiden, November lalu.

    "Apa saja objektif dasar Trump, sudah jelas beliau mewujudkan sebuah dinasti.

    "Peletakan jawatan mungkin menjadi pilihan Presiden untuk menyelamatkan anaknya daripada dipenjara dan dirinya sendiri daripada dihukum pada masa depan," kata Bobbit menerusi artikel dalam portal Evening Standard.

    Selain itu, Bobbit menjelaskan bahawa meletak jawatan merupakan jalan terbaik untuk mengelak tuduhan campur tangan Rusia dalam pilihan raya presiden yang lalu.

    Bobbit merupakan sepupu bekas Presiden Lyndon B Johnson dan amat disegani berhubung pandangan politik beliau. -mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Letak Jawatan Pilihan Terbaik Buat Trump - Penganalisis "