• Lesung Pipit Palsu Jadi Pilihan Ramai

    Published: Monday, 24 July 2017
    A- A+


    DULU, pembedahan membesarkan payudara menjadi pilihan wanita, disusuli pula dengan suntikan membesarkan punggung dan bibir.

    Kini, trend itu semakin berubah apabila orang ramai mahu menjalani pembedahan plastik bagi membentuk lesung pipit.

    Untuk itu, permintaan bagi prosedur berkenaan meningkat dengan ramai yang menjadikan wajah model Miranda Kerr sebagai contoh.

    Prosedur bagi menghasilkan lesung pipit palsu itu hanya mengambil masa selama 30 minit sahaja di mana pakar bedah plastik akan membentuk otot pipi.

    Otot itu kemudiannya dilekatkan dengan permukaan bawah kulit muka dan lesung pipit akan kelihatan apabila otot muka digerakkan.

    Ia bermakna lesung pipit itu hanya akan kelihatan apabila seseorang itu tersenyum. Kos bagi pembedahan membentuk lubang pada pipi itu berharga antara RM3,400 ke RM10,700. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Lesung Pipit Palsu Jadi Pilihan Ramai "