• Lelaki Tua 'Ketagih' Pakaian Dalam Wanita

    Published: Thursday, 6 July 2017
    A- A+


    TOKYO: Lebih 1,000 pakaian dalam wanita ditemui di rumah seorang lelaki berusia 61 tahun yang disyaki mencurinya.

    Menurut polis, suspek, Yasushi Kobayashi yang bekerja di syarikat percetakan di Kawaguchi mengakui melakukan kesalahan itu.

    Hasil siasatan, lelaki itu mendedahkan telah mencuri pakaian dalam dan stokin milik wanita berkenaan sejak 20 tahun.

    Laporan Fuji TV menyebut, lelaki berkenaan berbuat demikian kerana gemar memakai pakaian dalam wanita sejak usia mudanya.

    Kobayashi ditahan kerana mencuri sembilan pakaian dalam wanita yang dijemur di sebuah premis di Higashi-nippori di Tokyo Arakawa Ward.

    "Suspek mengakui mencuri pakaian dalam wanita ketika membawa trak untuk membuat penghantaran barang sama ada yang digantung di anjung atau dalam mesin basuh di pusat mencuci," katanya.

    Kata polis lagi, Kobayashi dikenal pasti menerusi imej kamera pemantauan yang dipasang di jalan raya sekitar bandar itu yang menunjukkan warga tua itu memasuki traknya selepas mencuri barangan itu. - Mstar

    Subjects:

  • No Comment to " Lelaki Tua 'Ketagih' Pakaian Dalam Wanita "