• Lelaki Pandu Kereta Guna Kaki Disaman

    Published: Tuesday, 11 July 2017
    A- A+

    SHANDONG - CHINA: Seorang lelaki yang dirakam memandu menggunakan kaki dikesan oleh polis dan diberikan saman.

    Menurut laporan South China Morning Post, video berkenaan dimuat naik ke laman sosial, awal bulan ini.

    Dalam video tersebut, lelaki berkenaan bukan sahaja memandu menggunakan kaki, malah sedang menggunakan telefon bimbit.

    Ketika kejadian, kereta jenis Volkswagen berkenaan dipandu di sebuah lebuh raya.

    "Saya buat untuk suka-suka," kata lelaki berusia 22 tahun berkenaan kepada sebuah stesen televisyen.

    Dia mendakwa aksi berkenaan dilakukan ketika lebuh raya berkenaan kosong.

    Apa yang mengejutkan, dia mendakwa tidak tahu aksi tersebut adalah salah di sisi undang-undang.

    Sebelum lelaki berkenaan dikesan, polis terpaksa memerika kamera CCTV dan lebih 700 kenderaan.

    Jumlah saman yang diterima lelaki berkenaan tidak didedahkan. - Sinar Harian 

    Subjects:

  • No Comment to " Lelaki Pandu Kereta Guna Kaki Disaman "