• Lelaki Hanya Perhati, Wanita Yang Alihkan Ular Sawa

    Published: Thursday, 6 July 2017
    A- A+

    Ular sawa di tengah jalan yang menyebabkan trafik berhenti hanya diperhatikan beberapa lelaki, namun seorang wanita dengan berani mengambil tindakan mengalihkannya di Brazil, Sabtu lalu.

    Ular sawa sepanjang 2.1 meter itu itu mencetuskan panik dalam kalangan pengguna jalan raya apabila ia menyelinap ke pertengahan jalan di Teresopolis berhampiran Rio de Janeiro.

    Trak dan kereta dari kedua-dua arah berhenti dengan pemandu berdiri di tepi jalan dan tidak berani mengambil tindakan terhadap ular itu.

    Namun seorang wanita dengan tenang berjalan ke arah ular itu, memegang kepalanya dan membawanya ke tepi jalan.

    Dia sempat bergaya dahulu dengan ular yang berbelit di tangannya supaya lelaki lain dapat merakam gambar.

    Ular itu kemudian dilepaskan di kawasan semak di tepi jalan raya itu.-Daily Mail

    Subjects:

  • No Comment to " Lelaki Hanya Perhati, Wanita Yang Alihkan Ular Sawa "