• Lelaki Diberkas Cuba Seludup 'Kerepek Kentang Ular Tedung'

    Published: Thursday, 27 July 2017
    A- A+

    LOS ANGELES: Seorang lelaki ditahan kelmarin selepas pendakwa persekutuan menuduhnya merancang penyeludupan tiga ular tedung selar hidup di dalam balang kerepek kentang.

    Rodrigo Franco, 34, didakwa mengimport barangan secara haram ke negara itu membabitkan bungkusan dari Hong Kong yang dirampas ejen Kastam dan Perlindungan Sempadan pada 2 Mac lalu.

    Bungkusan itu mengandungi tiga ular berukuran kira-kira 0.61 meter yang disembunyikan di dalam balang berkenaan.

    Tiga penyu albino juga ditemui di dalam bungkusan itu. Pendakwa berkata, Franco turut menghantar bungkusan ke Hong Kong pada hari sama yang mengandungi enam penyu dari spesies dilindungi.

    Franco dilaporkan mengaku pernah menerima 20 ular tedung selar dua kali sebelum ini, tetapi semua reptilia berkenaan mati dalam perjalanan.

    Dia kini berdepan hukuman penjara 20 tahun.-Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Lelaki Diberkas Cuba Seludup 'Kerepek Kentang Ular Tedung' "